|
Marhaba Catering &
Event mula beroperasi pada Januari 2006. Dengan semangat dan iltizam
untuk memberi perkhidmatan, bantuan serta hidangan yang halal dan
baik kepada setiap pelanggan. Misi kami adalah berniaga & beramal.
Seiring dengan konsep mencari pahala dalam perniagaan, maka kami
sedaya-upaya melaksanakan setiap usaha kami dengan berkualiti &
berpatutan.

|
Kami bersyukur kerana berjaya melaksanakan setiap
amanah yang diserahkan oleh pelanggan dan akan cuba melaksanakan dengan
sebaik mungkin. Dengan izin Yang Maha Esa, kami berjanji akan berusaha
memberi yang terbaik kepada semua pelanggan yang akan atau telah
menggunakan perkhidmatan kami. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan
kami! |
 |
|
  

Marhaba Catering &
Event diterajui oleh Saudara Hairul Anwar Ali. Berpengalaman
dalam dunia muzik nasyid sebelum ini serta dalam dunia pelancongan.
Bermula sebagai PR
Executive kepada kumpulan nasyid Hijjaz kemudian menjadi Pengurus
kepada kumpulan nasyid Saujana. Menjadi antara perintis awal di
Telaga Biru Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang menghasilkan produk
ilmiah yang cukup berkesan.
Kini di samping
mengusahakan syarikat ini, beliau berkelayakan menjadi `Pemandu
Pelancong’ berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk
kategori bahasa Arab. Beliau juga dibantu rapat oleh isteri tercinta
Puan Khairus Saadah. Dan di kurniakan seorang puteri bernama
Khairina Irdina. |

|